Skip to main content
Akhir-akhir ini politik Negara menghadapi cabaran yang amat kompleks dengan adanya media social dan polisi kebebasan bersuara yang diamalkan oleh kerajaan yang memerintah. Semua yang berminat samada baru atau lama mula memberi pendapat baik secara positif mahu pun negatif. Yang berpengetahuan dan juga yang kurang tahu pun cuba mencoret ilham tanpa mengira impak dan kesan jangka panjang yang samada memberi keuntungan atau kehancuran.
Berita, maklumat boleh diterima begitu pantas sehingga ramai pemilik akaun media social tak sempat untuk menilai dan merujuk akan kesahihannya. Berita-berita politik melampaui waktu dan saat untuk dinilai terutamanya dari parti-parti politik yang berkepentingan. Justru itu, keuntungan yang amat besar diperolehi oleh badan-bandan ini untuk melobi, memfitnah, memperbesarkan isu kecil untuk memberi kredit kepada pihak mereka. Rakyat diracuni dengan kebencian. Walaupun bukan semua yang terpengaruh tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa tindakan yang jitu dan bijaksana, lamba-laun Negara kita akan melalui zaman kegelapan dan suram.
Politik Negara adalah berlandaskan Perlembagaan Negara yang sepatutnya semua parti politik akur dan tidak harus melangkaui peraturan dan aku janji yang tertulis didalamnya.Politik juga harus patuh akan undang-undang dan begitu juga ahli politinya. Tiada yang kebal dan pihak penguatkuasa undang-undang harus mempastikan siapa yang salah dihadapkan ke Mahkamah untuk diadili. Jangan jadikan undang-undang hanya untuk rakyat biasa sahaja.Kerajaan harus tegas dalam kelembutan kerana jika bukan kerajaan siapa lagi yang boleh membendung salahlaku politik yang menjadi-jadi hingga rakyat berpecah belah. Pemimpin politik yang ekstrem harus ditahan dan dituduh dengan kesalahannya. Jangan hendaknya perbuatan mencela PERLEMBAGAAN Negara menjadi perkara olok-olok. Rakyat mejoriti masih percaya bahawa kerajaan sekarang punyai intrumen dan kaedah untuk menangani perkara ini. Ingatlah, apabila ahli Yang Berhormat di lantik menjawat jawatan dalam cabinet, tugas mereka adalah melaksanakan amanah rakyat yang mahukan Negara ini sentiasa dalam keamanan.
Gunakan media kerajaan untuk menanam semangat sayangkan Negara. Nilai potritik ditanam melalui lagu-lagu patriotik, sketsa, makalah, papan tanda dan sebagainya. Pertandingan lagu patriotik.... dan yang berunsur politik harus diutamakan oleh pihak RTM dan Jabatan Penerangan. Sejarah berkenaan Perlembagaan Negara, Rukun Negara perlu ditayang berterusan. Begitu juga penghargaan kerajaan terhadap rakyat seperti cogan kata "We are Proud To be Malaysian"" Malaysia Boleh" dan bukannya "SATU MALAYSIA".
PakUsuPulo
Cintailah Negara Kita!
Comments
Post a Comment