Assalamualai whbk. Kita dikejutkan dengan kembalinya seorang pemimpin yang berintegriti, jujur, ikhlas serta mempunyai rasa terpanggil untuk melakukan yang terbaik untuk Sarawak. Bukan harta yang dicari kerana harta boleh menjadikan diri hilang pertimbangan. Bukan juga pangkat yang diimpikan kerana pangkat juga meleka dan melalaikan menjadikan kita riak.
Belum pernah Sarawak menampilkan seorang pemimpin yang memberi impak begitu besar kepada negeri ini dan rakyatnya seperti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem yang meninggal dunia semalam, hanya dua minggu sebelum menyambut hari lahirnya ke-73.
Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem Ketua Menteri Sarawak telah meninggalkan kita pada jam 1.20 petang 11.01.2017 di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan. Kepermergian beliau bukan hanya diratapi oleh sanak-saudara yang terdekat bahkan hampir seluruh rakyat Sarawak meratapi kepermergian beliau.
Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Adenan berjaya menyatukan mereka rakyat negeri Sarawak dan menerima kepimpinan beliau serta mengekalkan keharmonian negeri itu sehingga hari ini.
Antara jasa yang diingati ialah Adenan membentuk Kabinet pentadbirannya dengan anggotanya terdiri daripada semua etnik.
Di dalam pasukannya, terdiri etnik Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Cina dan Orang Ulu. Allahyarham turut mengambil keputusan untuk menghapuskan tol yang ada di negeri itu dengan melupuskan tol terakhir iaitu tol di Jambatan Tun Salahuddin. Selain itu beliau juga menurunkan tarif elektrik serta memansuhkan Cukai Tanah. Lebuh Raya Pan Borneo nanti juga tidak akan dikenakan sebarang tol kerana Kerajaan Negeri Sarawak mahu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Sikap berani beliau menyerang Pembalak haram dan ketegasan beliau untuk menghalang pendatang haram daripada memasuki Negeri Sarawak juga amat digemari oleh rakyat jelata. Ketegasan beliau amat dikagumi.
Selain itu "the way of life " beliau yang amat simple sama seperti rakyat biasa amat dikagumi. Rakyat boleh bermesra dengan beliau dimana saja. Ini disebabkan beliau tidak mahu ada protokol pada diri beliau selaku seorang Ketua Menteri. Sebab itulah kita sering melihat beliau makan di gerai biasa, membeli ikan dipasar bertemankan isteri beliau.
Persoalannya, masih adakah individu atau orang perseorangan yang mempunyai integrity tinggi serta jujur amanah ikhlas dalam mentadbir negeri mahupun negara? Apakah mana-mana pihak yang ingin menjadi pemimpin mempunyai ukur aras untuk menjadi pemimpin yang lebih baik?
I hope we still have the better man...
PakUsuPulo
13012017

Comments
Post a Comment