Saya sebenarnya telah genap 36 tahun menjadi pendidik. Mengajar umpama menyemai benih kasih sayang terhadap pelajar-pelajar yang dididik. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai pendidik, saya telah diarah bertugas dipelbagai sekolah. Bemula pada tahun 1980 mengajar disebuah sekolah pendalaman satu kaum. Seterusnya saya diarah mengajar disekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Iban dan sekolah pelbagai kaum.
Sebagi seorang pendidik dan mengajar, saya dapati lebih banyak lagi yang saya pelajari daripada yang saya beri. Setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Setiap kaum punyai perbezaan dan pendekatannya juga tidak sama. Sebagai guru mahupun pendidik harus sensitif akan hal begini. Selalunya saya menyelidiki kebiasaan dan kebudayaan mejoriti pelajar berdasarkan kaum disetiap sekolah dimana saya akan ditugaskan.
Apa yang ingin saya bicara pada kali ini ada kaitannya dengan kerjaya dan mentaliti setiap kaum terutamanya kaum Melayu dan bumiputera lainnya dengan mentaliti kerjaya kaum Cina. Mentaliti yang teguh kepada sesuatu kepercayaan selalunya berhasil membina tanggapan pada pola kerjaya utama mengikut kaum. Contahnya, dikalangan bumiputera termasuk orang Melayu lebih ramai bekerja makan gaji. Orang Cina pula memenopolikan perniagaan dari yang kecil-kecilan sehingga memiliki syarikat koglomerat bertaraf dunia. Nah! mengapa harusnya jadi begitu?
Pada hakikatnya perbezaan begitu selalunya menjadi tajuk perbincangan dikalangan para pemikir yang cuba mengupas sebab musababnya. Ada yang meletakkan pada modal permulaan. Ada yang menunjukkan pada kebijaksanaan, kesatuan dan pendidikan. Di Malaysia, modal,ilmu dan pendidikan seharusnya bukan halangan. Kerajaan sentiasa ada untuk membantu siapa saja yang ingin memulakan perniagaan. Selain kerajaan bank-bank tempatan boleh memberi pinjaman dengan mudah. Masalahnya, mengapa perniagaan yang dimiliki kaum Melayu dan bumiputera lebih banyak yang terhenti daripada terus maju dan berjaya...
Jawapannya ada pada pemikiran dan pembudayaan pemikiran. Bukan semua orang Melayu gagal menjalankan perniagaan. Ada juga yang berjaya, bahkan ada yang boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain, tetapi bilangannya amat kecil. Kaum bumiputera yang berjaya ini kebanyakanya datang dari keluarga perniaga. Nah! Ini juga menampakkan indikator bahawa pembudayaan, kebiasaan membina pengalaman untuk diwarisi. Tetapi lebih ramai orang Melayu dan bumiputera lainnya meletakkan kerjaya masa hadapan anak-anak untuk makan gaji.Selalunya kita akan Tanya, guru akan tanya, emak, bapa datuk-nenek selalu tanya, " Kau bila dah dewasa nak jadi apa?" Jawapannya mudah, tetapi semuanya menjurus kepada makan gaji. Akhirnya, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera menjadi penjawat awam. Orang Cina bukan tidak cemburu melihat ramai kaum Melayu dan Bumiputera menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Mereka juga sama mahu menjawat jawatan dalam kerajaan. Sekali lagi pembudayaan pemikiran menjadi halangan. Mereka tidak betul betul bersedia untuk memohon jawatan tersebut. Cara permohonan, persediaan termuduga dan yang lebih parah adalah dalam penggunaan Bahasa kebangsaan semasa ditemuduga. Ramai dikalangan kaum Cina bijak dan pandai Bahasa tetapi kurang penggunaan bahasa lisan.
Berlainan pula dengan anak-anak kaum Cina, apabila ditanya apa kerjaya yang akan mereka ceburi apabila dewasa nanti, mereka dengan mudah menjawab untuk buka klinik persendirian, nak buka pharmacy sendiri, nak buka syarikat guaman sendiri dan sebagainya. Paling tidak pun mereka akan kata untuk membantu perniagaan ayah yang sedia ada. Mentaliti pebudayaan mereka adalah berdikari dan bekerja sendiri. Ada pula yang ditanya menjawab, nak jadi jutawan pada umur sekian-sekian. Walaupun tak semua yang berjaya, namun sudah cukup untuk kita buat rumusan bahawa mentaliti ini didik dan diasuh oleh ibu-bapa masing-masing dari awal lagi.
Nah! Terpulang kepada ibu-bapa untuk mencorak masa hadapan anak-anak. Dewasa ini bekerja makan gaji tidak semudah seawal kita mendapat kemerdekaan. Sekarang ini Negara memerlukan lebih ramai usahawan-usahawan yang berkeliber untuk memajukan Negara. Pendidikan tetap penting tetapi perubahan pemikiran untuk yang lebih baik amat diperlukan.

Comments
Post a Comment