Integrity

Salam sejahtera dan selamat maju jaya kepada netizen semoga anda semua sihat sejahtera dimana saja anda berada.
 
Kali ini saya ingin la pula nak membangkitkan perkataan  "INTEGRITY" yang akhir akhir ini sering menjadi perbualan dan perbahasan dikalangan netizen dan juga media massa semasa. Baik media massa "hardcopy" mahu pun "softcopy" perkataan integrity selalu di paparkan.
 
 
Persoalannya, mengapa Integrity itu begitu popular dibicarakan? Jadi sebelum kita mengulas lanjut berkenaan tajuk utama perbincangan ini elok juga kita memahami pengertian atau definisi perkataan Integrity.
 
Integriti :  berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
 
 
Mengikut kamu Oxford:
integrity
/ɪnˈtɛɡrɪti/
noun: integrity
 
the quality of being honest and having strong moral principles."a gentleman of complete integrity"
synonyms: honesty, uprightness, probity, rectitude, honour, honourableness, upstandingness, good character, principle(s), ethics, morals, righteousness, morality, nobility, high-mindedness, right-mindedness, noble-mindedness, virtue, decency, fairness, scrupulousness, sincerity, truthfulness, trustworthiness "I never doubted his integrity"
 
Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi ia itu AMANAH.
 
Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
 
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.
 
Persoalannya , mengapa integriti ini sukar dicapai?
 
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi.
 
Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. 

 
Islam tidak memisahkan agama dan kehidupan, oleh itu seorang Muslim dan sifat berintegriti tidak boleh dipisahkan kerana ia sebahagian daripada agama. Tetapi malangnya kita yang dilahirkan disebuah Negara yang mengakui ditadbir oleh mejoriti umat Islam pun menghadapi masalah yang setara. Kita tak perlulah memandang terlalu jauh untuk memahami perkara ini. Perhatikanlah dipersekiran kita terutamanya system pentadbiran dikampong, seperti JKKK, AJK Surau mahupun AJK Masjid dan lain-lainnya. Bagi organisasi ini yang ada mengadakan Pemilihan AJK secara terbuka dan telus, membuat pamiran dan perlaporan kewangan setiap bulan mahupun setengah tahunan kita boleh ucapkan Tahniah lah kerana ketelusan dan Integriti mereka.
 
Kesimpulan daripada takrifan diatas, integriti umumnya merujuk kepada sifat-sifat positif seperti  jujur, benar, amanah dan bertanggungjawab. Walaubagaimanapun perkataan ini lebih mengkhususkan sifat benar, jujur dan tulus atau dalam Bahasa Arabnya adalah siddiq. Perkataan siddiq sering disebut dalam al-Quran antaranya:


قُلۡ صَدَقَ ٱللَّهُ‌ۗ فَٱتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبۡرَٲهِيمَ حَنِيفً۬ا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (٩٥)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.                                             
                                                                                                                    ( Surah Ali Imran, 3 : 95 )


Sekarang mari kita lihat pada diri kita sendiri. cerminkan diri, bandingkankan diri kita dengan apa yang telah kita lakukan. Adakah diri kita ini seorang yang berintegriti?? Perlukah kita diaudit???

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 


 


Comments