PERJALANAN PARTI PESAKA BUMI BUMIPUTERA (PBB) – 30.04 1973
PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS)
Parti PANAS ditubuhkan pada 9 April 1960 oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha, adalah parti politik kedua ditubuhkan di Sarawak selepas Sarawak United People's Party.[2]
BARISAN RA’AYAT JATI SARAWAK (BARJASA)
BARJASA ditubuhkan pada 4 December 1961 oleh Tuanku Bujang Tuanku Othman, Abdul Rahman Ya'kub dan Abdul Taib Mahmud.
PARTI PESAKA ANAK SARAWAK(PESAKA)
Parti Pesaka Anak Sarawak ditubuhkan di Sibu dalam bulan August 1962 untuk mewakili orang Iban kawasan Batang Rajang. Pengasas mereka enggan bergabung dengan Sarawak National Party, yang mereka percaya hanya berjuang untuk kaum Dayak kawasan Saribas sahaja. Diantara pengasas PESAKA asdalah Penghulu Masam Anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau and Jonathan Bangau menyertai PESAKA agak terkemudian.Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah penyokong kuat untuk PANAS, Bangau adalah dari Parti SUPP. Penghulu-penghulu lain dari beberapa Bahagian adalah seperti Penghulu Tawi Sli (Second Division) dan Penghulu Abok Anak Jalin (Bintulu) juga menyertai PESAKA. PESAKA juga dikenali sebagai Parti Penghulu. Walau bagaimana pun, insan yang benar-benar berusaha untuk penubuhan PESAKA adalah Thomas Kana, bekas pembantu perubatan di Kuala Belait. Dia dilantik sebagai Setiausaha Agung parti.
PENUBUHAN PARTI BUMIPUTERA
Parti PANAS dan BERJASA bergabung pada 1963 untuk membentuk Parti BUMIPUTERA. Abang Ikhwan Zaini dilantik president parti yang pertama, Tuanku Haji Bujang sebagai vice-president, dan Taib Mahmud sebagai secretary-general parti.[3] sila rujuk Sanib Said (former curator of Sarawak State Museum)
Penubuhan Parti Bumiputera telah mendapat sambutan positif oleh orang Melayu dan Muslim di Sarawak. Kecuali beberapa orang pemimpin dari Parti PANAS, Namun pada hakikatnya sokongan daripada golongan aristokrat dan inteletual muda Melayu masa itu jelas menampakkan keinginan untuk terus maju kehadapan. Penubuhan Parti Bumiputera membuktikan kesatuan, kesepakatan dan perpaduan dua kelompok ideologis Melayu masa itu untuk sama-sama berjuang demi masa depan Sarawak kearah yang lebih baik.
Sumbangan Parti Bumiputera didalam Kabinet Sarawak dibawah kepimpinan Ketua Menteri Tawi Sli agak signifikan. Parti Bumiputera dan Sarawak Chinese Association telah bergabung membentuk Sarawak Alliance. Dalam PRU 1970 Sarawak state election, Parti Bumiputera memenangi 12 kerusi sementara SCA memenangi 3 kerusi daripada 48 kerusi. Oleh kerana tiada parti yang mendapat mejoriti untuk menubuh kerajaan didalam Council Negri (sekarang Sarawak State Legislative Assembly). Abdul Rahman dari Parti Bumiputera berjaya mempengaruhi SUPP untuk menubuh kerajaan dengan mencalonkan dia sendiri sebagai Ketua Menteri.[3]
PENUBUHAN PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)
Parti Bumiputera telah memulakan beberapa rundingan bersama PESAKA untuk bergabung pada 1968. Bagaimanapun, PESAKA menolak cadangan yang dianjurkan kerana khuatir akan Bumiputera Muslim akan menguasai parti baru tersebut. PESAKA kemudiannya menyertai Sarawak Alliance tanpa bergabung untuk mempertahankan ideologi parti yang diperjuangkan. Namun , pada PRU Negeri 1970 , PESAKA sekadar memenangi 8 kerusi, manakala 12 kerusi dimenangi oleh Parti Bumiputera dan 12 kerusi dimenangi oleh SNAP. PESAKA telah tidak dapat mencalonkan Ketua Menteri seperti pada PRU 1966.Sehubungan, sekali lagi diadakan permuafakatan diantara PESAKA dan Parti Bumiputera dalam bulan September 1972 dan hasilnya kedua dua pihak akhirnya bersetuju untuk bergabung pada 5 January 1973. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu telah dengan rasminya didaftar pada 30 April 1973.[3]
PBB telah dibahagi kepada dua Sayap:[3]
- Sayap Bumiputera - Muslim-Malay, Melanau, Kedayan, Brunei-Malay, Jatti Mereik, and Orang Ulu members
- Sayap PESAKA - Iban and Bidayuh members
Comments
Post a Comment