Saya terpanggil untuk mendalami makna perkataan "Besar Hati". Ianya sebuah peribahasa lama bangsa Melayu yang diwujudkan untuk menggambarkan peri laku seseorang yang budiman. Ianya seolah-olah satu penetapan "standard" kepada setiap insan dalam memperkembangkan budaya Melayu yang diperturunkan oleh nenek moyang Melayu dahulu kala kepada generasi seterusnya.
Banyak peribahasa yang direka cipta oleh datuk nenek dan moyang kita untuk difahami dan diteladani. Matlamat dan tujuannya adalah satu, untuk menjadikan bangsa Melayu yang bertemadun, berintegriti, ikhlas menurunkan amalan mulia kepada generasi seterusnya.
Jika diamati makna Besar Hati secara tuntas bermaksud, perasaan bangga atau megah diatas sesuatu perolehan, pencapaian yang diusahakan dengan jujur, bersungguh-sungguh penuh komitmen. Ianya berlawanan dengan satu lagi peribahasa lama ia itu "seperti melepas batuk ditangga" Namun menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, taiming dan manggak jadinya jika ianya diterbalikkan maka ianya boleh menjadi maksud yang berlawanan seperti sombong,menunjuk-nunjuk, keras kepala dan biadap.
Lantas jika diteliti, besar hati mempunyai komponen etika. Etika pula merujuk kepada standard yang betul, betul menetapkan apa yang harus dilakukan oleh setiap insan,biasanya dari sudut hak, kewajipan, faedah kepada masyarakat, keadilan mau pun kebajikan.
Nah! jika peribahasa ini diamati dan dicarakini dengan mendalam, didapati tersusun rapi cabang ilmu pengurusan dan pentadbiran terkandung didalamnya.Besar boleh diungkapkan ibarat kuasa, keesahan maupun perlatikan. Kuasa mahupun keesahan adalah satu tanggungjawab diperolehi samada secara tradisi, pemberian kuasa mahupun diatas tanggungjawab diperolehi.Hati pula membawa makna bersih, gembira dan akhirnya bangga. Contoh yang mudah adalah kuasa yang diperolehi daripada perkahwinannya. Secara langsung,lelaki menjadi suami, diberi kuasa untuk mengurus keluarganya. Aliran seterusnya menetap matlamat, tujuan, pengurusan rumahtangga, dan sebagainya, Isteri beliau ada suara untuk terlibat sama. Peraturan dan disiplin rumahtangga ini menjadi budaya hidup keluarganya, Jika pengurusannya berjaya, maka berjayalah setiap ahli keluarganya, Jika tidak, maka masyarakat pula yang akan membiayai harganya.
Begitu pula dengan pemimpin-pemimpin lainnya, tak kiralah sama ada pemimpin negara,pemimpin negeri mahupun pemimpin peringkat organisasi. Pemimpin memperolehi kuasa daripada samada undian, perlantikan ataupun persaudaraan.Setelah mendapat kuasa perlu mengetahui sejelas-jelasnya apa yang dipimpinya, apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak serta perlu mengenali hak organisasi yang dipimpinnya dengan berlaku jujur dan adil. Kepimpinan bukan sesuatu yang harus dibanggakan, ianya satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan sehabis mungkin.Jika berjaya, sepatutnya seluruh organisasi yang dipimpinnya merasa "Besar Hati". Jadilah pemimpin yang tahu dan membantu tanpa pilih kasih berkhidmat dengan jujur dan ikhlas
Rumusannya, boleh saya katakan bahawa "Besar Hati" merupakan suatu kejayaan tercapai hasil daripada satu proses kerja yang bersungguh-sungguh untuk menambah baik apa saja yang diusahakan dengan ikhlas,jujur. Kejayaan diraikan bersama tanpa pemimpinnya menunjukkan sedikitpun riak. Memimpinlah dengan tujuan berkhidmat secara jujur tanpa memikirkan menafaat yang akan datang kepada pemimpin.Jika itu berlaku, seharusnya kita rasa malu terhadap diri sendiri. Pimpinlah supaya kepimpinan kita membawa kebaikan kepada yang dipimpin.
Pakusupolo
Nota:
Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku
orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud
seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut
deskripsi kerja. Manakala Ahmad Atory (1996), berpendapat bahawa
organisasi yang cemerlang dipengaruhi oleh kepimpinan yang cekap,
khususnya dalam mencapai sesuatu matlamat. Kepimpinan dipengaruhi oleh
kuasa yang ada pada seseorang pemimpin. Kuasa dalam konteks organisasi
ialah sejauhmanakah seseorang, atau sesuatu unit organisasi berkeupayaan
mempengaruhi pembuatan keputusan mengikut kehendaknya.
Aminuddin
(1990) yang memetik Fiedler (1967) sebagai berkata kepimpinan adalah
hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh
diagihkan secara tidak rata sehingga seseorang individu boleh mengarah
dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka
ke atas individu itu.
Hollander (1984) mendefinisikan kepimpinan
sebagai satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut.
Walaupun mempunyai kuasa, tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung
kepada kerelaan berbanding paksaan. Hal ini disebabkan proses kepimpinan
selalunya melibatkan pengaruh yang bersifat dua hala, tujuannya bagi
mencapai matlamat.
Manakala Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1993)
pula menyatakan kepimpinan adalah kebolehan untuk mendorong manusia
berusaha dengan penuh keghairahan bagi mencapai matlamat yang telah
dikenal pasti sehingga mencetus kuasa motivasi yang berada dalam diri
individu dan membimbing mereka ke arah matlamat organisasi.
Menurut
perspektif Islam, setiap orang yang beriman adalah khalifah di muka
bumi yang tindakan dan perbuatannya sentiasa dalam pengawasan Allah
s.w.t. Kepimpinan dalam Islam adalah berasaskan kepada nilai murni yang
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Matlamat kepimpinannya adalah untuk
kebaikan dan kebajikan semua makhluk. Kepimpinan dalam Islam juga
menerapkan pelaksanaan sistem syura serta mengutamakan delegasi atau
agihan serta penyerahan tugas mengikut kelayakan dan kemahiran
seseorang. Dalam melaksanakan kepimpinannya, pemimpin tidak boleh
bertingkah laku sewenang-wenangnya, iaitu terkeluar daripada landasan
perintah Allah s.w.t. atau melakukan perbuatan yang dilarang. Kepimpinan
juga harus mampu mengarah, dan membimbing orang lain untuk sesuatu
kegiatan (Mokhtar Efandy, 1986).
Kepimpinan menekankan kepada
tingkah laku pemimpin yang mempengaruhi orang bawahan bertindak mencapai
objektif tertentu. Kepimpinan adalah unsur penting dalam pengurusan
yang menjadi penggerak bagi sesebuah organisasi. Kepimpinan dalam
jabatan hendaklah memainkan peranan aktif dan mendorong kakitangan
bawahannya memberi kerjasama dalam memberi khidmat mereka terhadap
pencapaian strategi dan perancangan jabatan yang telah ditetapkan.
Sebagai
rumusannya, kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan orang lain
iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan pemimpin, mempengaruhi
dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam pelbagai cara bagi
mencapai matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau
komunikasi dua hala antara orang yang memimpin dengan orang yang
dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa tugas pemimpin adalah
mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak
dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang.
Comments
Post a Comment